Percaya atau tidak, ada sesetengah keluarga hanya berpeluang makan daging apabila tiba Hari Raya Aidiladha. Itu pun, jika ada rezeki mereka untuk terima sedekah daging daripada mereka yang menjalani korban.
Tambahan pula, tragedi demi tragedi yang berlaku di Indonesia memburukkan lagi keadaan ekonomi penduduk, terutamanya buat mereka yang terlibat dengan musibah dan kecelakaan. Tragedi yang berlaku bukan sahaja memberi impak kepada ekonomi keseluruhannya, tetapi memberi kesan besar kepada penduduk, bahkan untuk memenuhi keperluan nutrisi harian pun kadangkala mereka tidak mampu!
Jadi, sempena Hari Raya Aidiladha yang bakal tiba, jom kita sisihkan sedikit rezeki buat mereka yang tidak berkemampuan? Setidaknya, mereka ada lauk untuk dimakan ketika Hari Raya nanti.
Anda risau Qurban anda tidak sampai kepada penerima? Jangan bimbang, kami berkolaborasi dengan Rakan Qurban yang dipercayai untuk menguruskan Qurban anda daripada pemilihan haiwan yang berkualiti sehinggalah selesai pengagihan.
Berikut merupakan gambar penyaluran tahun lalu dan setelah selesai Qurban, anda juga akan menerima bukti penyaluran Qurban yang anda jalankan.
Jadi, jom laksanakan ibadah qurban tahun ini untuk bantu orang susah, terutamanya di pedalaman dan moga sumbangan anda ini dapat memberikan senyuman dan kegembiraan disamping memenuhi keperluan pemakanan mereka. Insya-Allah.