Anda tak nak Qurban di luar negara? Jangan risau, kami juga ada menyediakan Qurban di dalam negara, iaitu di Kedah. Rakan Qurban kami akan memastikan Qurban anda diagihkan kepada mereka yang memerlukan di sekitar Kedah.
“Amalan yang menjangkau manfaatnya kepada orang ramai adalah lebih baik daripada amalan yang manfaatnya terbatas”
(Rujuk: al-Asybah wa al-Nazai’r, 1/144)
Merujuk kepada ayat di atas, jelaslah bahawa Qurban membawa manfaat yang besar dalam masyarakat, terutamanya buat mereka yang kurang mampu. Bayangkan betapa bersyukurnya kesemua keluarga yang menerima bahagian Qurban hasil daripada ibadah Qurban yang anda jalankan. Bukan itu sahaja, anda juga akan menerima pahala bersedekah kepada fakir miskin, juga pahala kerana melaksanakan ibadah Qurban. Insya-Allah.