Rasulullah ﷺ pernah bersabda :
“Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).”
AidilAdha merupakan perayaan untuk memperingati ketaatan Nabi Ibrahim kepada Allah. Kebersihan jiwa dan ketaatan kepada Allah melebih segala-galanya sehingga Nabi Ibrahim sanggup melakukan pengorbanan besar.
Jelaslah, pengorbanan memerlukan kebersihan hati dan jiwa. Kadangkala kita lali dan lalai dengan dunia, tiba masanya untuk kita kembali ke titik mula, bersihkan hati dan jiwa dengan amalan Qurban. Berkorban harta demi membantu dan berkongsi dengan mereka yang memerlukan menunjukkan yang anda bukan sahaja menghormati tradisi ini, tetapi juga menyebarkan kasih sayang dan rahmat kepada mereka yang memerlukan.
Ayuh, kita bantu masyarakat di Kemboja merasai nikmatnya daging Qurban yang dikongsi bersama. Belum tentu mereka mampu makan daging di hari-hari biasa, kalau makanan ruji pun kadangkala kehabisan stok.
Dengan menyertai kempen ini, anda boleh membuat perubahan yang ketara dalam kehidupan orang Islam di Kemboja. Sumbangan anda akan membolehkan qurban dilakukan, memastikan daging segar sampai kepada mereka yang memerlukan. Secara tidak langsung, anda membantu membanteras kelaparan, memberi nutrisi penting dalam diet mereka, dan membawa senyuman kepada mereka yang kesusahan.